Soalan Battle of Legend ( Slot A )

ASSALAMUALAIKUM...

OBJEKTIF , INDIVIDU.

SLOT A 

ROUND 1 - SLOT A

1. Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
A. Abu Bakar As Siddiq
B. Abu 'Ubaid bin Salam
C. Abu Marwan Abd al Malik

2. Saat kewafatan anak Nabi SAW, terjadi gerhana matahari hingga manusia semua anggap ini gerhana atas sebab kewafatan anak Nabi. Hingga nabi tidak setuju dengan fahaman itu dan memperbetulkan balik. Soalannya siapakah anak baginda yang wafat itu?
A – Ibrahim
B – Abdullah
C – Qasim

3. Maksud ayat 63 surah Al-Ankabut:

Dan sesungguhnya jika kamu (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (orang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia dihidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Maksud ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa dalam diri manusia sememangnya wujud …

A. Hakikat kebenaran
B. Fitrah beragama
C. Semangat juang

4. Sahabat nabi iatu Abu Hurayrah pernah menjadi sahabat Nabi untuk berapa tahun?
A.8 tahun
B.2 tahun
C.9 tahun

ROUND 2 - Slot A

1. -Allah S.W.T Pencipta, Pemilik dan Pentadbir alam
-Allah S.W.T berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendak-Nya
-Kekuasaan Allah S.W.T meliputi langit dan bumi

Info di atas menerangkan konsep {Y}. Apakah konsep {Y}?

A. Rabbaniyyah
B. Syumuliyyah
C. Rububiyyah

2. Berapakah surah yang dimulai dengan Alhamdulillah?
A. 6 surah
B. 3 surah

C. 5 surah

3. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud, "aku adalah anak di antara dua orang yang akan disembelih". Siapakan 2 orang itu?
A. Nabi Ismail a.s. & Abdullah b. Abd Mutalib
B. Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Ismail a.s.
C. Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Isa a.s.

4. Siapakah yang mendapat gelaran "hujjatul islam" dan mengapa?

A .Imam As Syafie kerana mendalami ilmu fiqh.
B .Imam Hambali kerana hebat berhujah.
C Imam Al Ghazali kerana mendalami hampir semua ilmu

ROUND 3 - Slot A 

1. Di awal Islam, nabi telah berdakwah secara sembunyi. Di manakah pusat dakwah tersebut?
A. Rumah Zubair b. Awwam
B. Rumah Arqam b. Abi Al-Arqam
C. Rumah Abu Bakar As-Siddiq

2. Dalam Quran, ada surah yang Allah mulakan dengan beberapa huruf seperti Alif Lam Mim, Ha Mim, Ya Sin dan sebagainya. Apa gelaran yang diberikan kepada permulaan yang seperti ini?
A - Muqatta'at
B – Mutasyabihat
C - Musabbihat

3. Dua surah ini dipanggil : al-Mu’awwizatain. Apakah nama surah-surah tersebut?
A. Al-Ikhlas dan Al-Ma'un
B. Al-Lahab dan An-Nas
C. Al-Falaq dan An-Nas

4. Adakah sah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan inhaler?

I. Sah puasa sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya.

II. Tidak sah kerana inhaler itu sampai ke perut.

III. Sah kerana hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan.

IV. Sah kerana penggunaannya hanya dengan bernafas seperti biasa,tidak seperti makan dan minum.


A. I & II
B. I,II & III
C. I,III & IV
D. Semua diatas.

Round 4 - SLOT A

1.-Akal mampu mentafsir dan menyelidikinya
- Kenikmatan diperoleh hanya bersifat sementara
- Boleh dimanfaatkan untuk membina tamadun

Pernyataan di atas merujuk kepada alam…

A. Rahim
B. Ghaib
C. Musyahadah

2. Apakah nama unta tunggangan Rasulullah?
A. Luhaif
B. Haizum
C. Sabha

3. Dalam az Zukhruf:61,
“Dan sesungguhnya DIA menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

Yang dimaksudkan dia itu adalah siapa?

A – Nabi Isa
B – Dajjal
C – Nabi Muhammad SAW

4. Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qu'ran?

A. As-Sajjadiyah As-Shahifah
B. As-Shahifah As-Sajaddiyah
C. Nahjul Balaghah

Round 5 - slot A

1. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
A- Raihanah
B- Maisarah
C- Syafiah

2. Siapakah penghulu para syuhada pada hari kiamat kelak?

A. Abu Bakar As-Siddiq
B. Hamzah bin Abu Mutalib
C. Ali bin Abi Talib

3. Dalam hadis yang sahih, Nabi Adam pernah memberi sebagian umurnya kepada salah satu seorang nabi. Siapakah nabi itu?
A – Nabi Daud
B – Nabi Muhammad SAW
C – Nabi Musa

4. Berikan agama-agama masyarakat arab jahiliyah.

I. Agama menyembah berhala
II. Agama Kristian
III. Agama Yahudi
IV. Agama Majusi

A. I,II dan III
B. I dan IV
C. Semua di atas


Slot B >>READMORE
Slot C >>READMORE
Review BOL >>READMORE

Tiada ulasan: