1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #11 & #12

✨1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W✨
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt

Aasif semalam ana tidak dapat post slot 1D1S kerana terdapat hal tidak dapat dielakkan. Hari ini inshaAllah ana akan kongsikan double stories untuk mengantikan slot semalam.

Kisah ana nak kongsikan hari ini mengenai sahabat Rasulullah yang sanggup berkorban untuk kesejahteraan dan kemenangan Islam. Semangat mereka amat berkobar-kobar walaupun ujian yang mendatang menguji keimanan dan kesabaran mereka. Subhanallah!

"Sebenarnya kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda doa kita dimakbulkan. Supaya kita lebih tabah, kuat dan dekat dengan Allah. Tapi kita tersilap dengan melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan dan kemusnahan diri kita." - Ustaz Ebit Lew

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

***

⏰Kisah 11⏰

Kesyahidan Al-Mundzir bin Umar ⚡

Beliau adalah seorang sahabat yang mulia, nama penuhnya adalah Al-Mundzir bin Umar bin Khunais dan beliau termasuk dua belas orang panglima dalam Islam.

Beliau tergolong sahabat yang baru menyatakan keIslamannya dan beliau termasuk sahabat peserta Baitul Aqabah bersama tujuh puluh orang sahabat lainnya. Rasulullah S.A.W. mempersaudarakan antara Al-Mundzir bin Umar dan Thulaib bin Umair.

Pertempuran yang pernah diikutinya adalah Perang Badar dan Perang Uhud. Rasulullah S.A.W mengutusnya untuk menjadi ketua pasukan Muslim pada peristiwa Bi’r Ma’unah. Dalam  peristiwa inilah Al-Mundzir gugur. Peristiwa ini terjadi pada bulan ke-36 dari tahun Hijrah bermula.

Al-Mundzir diberi gelaran oleh para sahabat dengan “yang cepat mencari kesyahidan”. Pada suatu waktu, beliau bersama segolongan sahabat yang  jumlahnya tidak sampai sepuluh orang pergi menuju Bi’r Ma’unah.

Keberangkatan mereka ini diketahui oleh Amir bin Thufail, kemudian Amir meminta bantuan kepada Bani Sulaim maka datanglah segolongan orang dari Bani Ushiyah dan Bani Zakwan.

Pada peristiwa Bi’r Ma’unah ini gugurlah Al-Mundzir bersama seluruh sahabat yang turut bersamanya. [110]

📌 [110] Lihat kitab al-Ishaabah: 8/140, dan kitab Thabaqaat al-Kubra: 3/555


***


⏰Kisah 12⏰

Kesyahidan Salamah bin Hisyam al-Makhzumiy ⚡

Nama penuhnya adalah Salamah bin Hisyam bin Mughirah al-Makhzumiy. Beliau telah memeluk agama Islam pada peringkat awal kemudian melakukan hijrah ke Habsyah.

Sekembalinya dari Habsyah menuju kota Mekah, beliau ditahan oleh Abu Jahal, di mana Abu Jahal menyeksanya dengan pukulan dan tidak memberinya makanan atau minuman lalu Rasulullah S.A.W mendoakannya.

Muhammad bin Umar berkata:

"Rasulullah S.A.W mendoakan dua orang iaitu Salamah bin Hisyam dan Iyash bin Abi Rabi'ah yang sedang dikurung di kota Mekah, mereka berdua adalah dua orang sahabat yang melaksanakan hijrah ke negeri Habsyah.

Ketika Walid bin Walid masih memeluk agama kaumnya, beliau ikut berperang bersama di barisan kaum Musyrikin. Kemudian beliau berjaya ditawan dan dibebaskan dengan tebusan lalu menyatakan keIslamannya dan kembali ke kota Mekah.

Kaumnya yang mengetahui kedatangan Walid di Mekah terus menahannya bersama-sama dengan Iyash bin Rabi'ah dan Salamah bin Hisyam kemudian Rasulullah S.A.W juga mendoakannya.

Ketika Salamah bin Hisyam berjaya melarikan diri, beliau menyusul Rasulullah S.A.W ke Madinah. Waktu itu adalah setelah Perang Khandaq terjadi, ibunya bersajak:

"Wahai Tuhan Pemilik Ka'bah yang selamat,
Tunjukkan kepada semua musuh-musuh Salamah
bahawa beliau punya dua tangan dalam perkara yang tidak nyata.
Satu tangan yang memberi dan satu tangan menerima nikmat."

Beliau masih terus bersama Rasulullah S.A.W, kemudian beliau pergi bersama kaum muslimin lainnya untuk berhijrah ke negeri Syam ketika Abu Bakar mengirim pasukan untuk memerangi Rom.

Akhirnya Salamah bin Hisyam gugur di daerah Marj Sifr sebagai syahid pada bulan Muharram tahun empat belas hijrah pada masa awal kepimpinan Umar bin Khathab. [100]


📌 Lihat kitab Thabaqaat bin Sa'd: 4/131


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: