1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #13

✨1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W✨
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt

Isu Orang yang Murtad ⛔

Di mana silapnya? Di mana salah kita?

Kita seringkali leka dengan mengejar duniawi sampai melupakan bekalan akhirah. Hakikatnya kita semua tahu dunia ini hanya sementara. Tapi kita masih lalai.

Apa tanggungjawab kita telah laksanakan untuk ummah?

Lupakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini? Lupakah kita mendoakan untuk ummah?

Mana pergi keimanan kita? Adakah ia senipis kulit bawang?

Tepuk dada, tanya iman ❤

"Jom menangis bersama-sama kerana usia ini berlalu tapi ISLAM dan SUNNAH NABI S.A.W masih belum ada dalam diri kita seperti para sahabah Rasulullah." - Ustaz Ebit Lew

Hari ini ana kongsikan kesyahidan sahabat Rasulullah yang berjuang memerangi orang-orang yang murtad semasa kepimpinan Abu Bakar.

Jom baca!

***

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 13⏰

***
Kesyahidan Tsabit bin Aqram ⚡

Nama penuhnya ialah Tsabit bin Aqram bin Tsa'labah bin Al-Ajlaniy dan berketurunan kaum Ansar. Beliau adalah salah seorang sahabat yang gugur di dalam memerangi orang-orang yang murtad.

Peperangan yang diikuti oleh Tsabit bin Aqram adalah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq. Seluruh peperangan ini beliau lakukan bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W.

Beliau berangkat bersama Khalid bin Walid radhiallah anhu (RA) untuk memerangi kaum murtad di masa kepimpinan Abu Bakar.

Khalid bin Walid berangkat menjumpai kaumnya. Ketika mereka mendengar seruan azan menandakan datangnya waktu solat, mereka berhenti. Namun jika mereka mendengat seruan azan, mereka terus menyerang.

Kemudian beliau mengutus Ukasyah bin Muhsan dan Tsabit bin Aqram sebagai perisik untuk memberikan maklumat kepadanya. Khalid bin Walid mengutus Ukasyah bin Mushan dan Tsabit bin Aqram kerana mereka berdua adalah penunggang kuda yang handal. Kuda yang ditunggangi oleh Ukasyah bernama Zaram dan yang ditunggangi oleh Tsabit bernama Mahbar.

Kemudian bertembung antara Thalihah al-Asadiy dengan Ukasyah bin Muhsan dan Salamah dengan Tsabit bin Aqram. Tanpa menunggu, Salamah terus menyerang Tsabit bin Aqram lalu gugurlah Tsabit.

Namun Thalihah menghadapi kesulitan berhadapan dengan Ukasyah maka Thalihah menjerit minta bantuan kepada Salamah. Bergegas Salamah membantu sahabatnya untuk menyerang Ukasyah. Mereka berdua menyerang Ukasyah bin Muhsan.

Lalu mereka berjumpa dengan Khalid bin Walid bersama pasukan Muslimin namun pasukan Khalid tidak terkejut. Namun yang mengejutkan pasukan adalah mereka melihat Tsabit bin Aqram telah gugur.

Sedangkan untuk mengalahkan Ukasyah, Thalihah dan Salamah kelihatan keletihan namun akhirnya Ukasyah juga menemui ajalnya. [78]

Umar bin Khattab radhiallah anhu (RA) berkata kepada Thalihah setelah Thalihah .memeluk agama Islam,

"Bagaimana aku mencintaimu, sedangkan engkau telah membunuh dua orang sahabatku yang paling baik iaitu Ukasyah bin Muhsan dan Tsabit bin Aqram."

Thalihah berkata:

"Allah S.W.T memuliakan mereka melalui perantaraan kedua tanganku ini."


📌 [78] Lihat kitab Thabaqaat al-Kubra: 3/467 karangan Ibnu Sa'id.


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: