1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #14

✨1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W✨
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt

Hari ini ana akan sambung lagi kisah sahabah Rasulullah S.A.W. yang gugur syahid dalam Perang Yamamah.

Siapakah pahlawan tersebut? ❓

Jom baca! 👋

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 14⏰

Kesyahidan Abu Aqil bin Tsa'labah ⚡

Nama penuh beliau adalah Abdurrahman bin Abdullah bin Tsa'labah. Beliau adalah salah seorang sahabat yang ikut serta dalam Perang Yamamah.

Beliau juga ikut dalam Perang Badar di mana Aqil lakukan bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W. Pada Perang Yamamah, beliau gugur sebagai syahid.

Dari Jaafar bin Abdullah bin Aslam berkata,

"Ketika Perang Yamamah meletus, pasukan muslimin berbaris untuk menyerang. Sahabat yang pertama kali tercedera adalah Abu Aqil apabila beliau tertusuk anak panah yang mengenai bahagian antara kedua bahu dan hatinya bukan di tempat yang mematikan.

Lalu Abu Aqil mencabut anak panah itu sehingga tubuhnya mulai lemah terutama bahagian tubuh sebelah kirinya pada siang hari tampak melemah. Kemudian beliau lari menuju mencapai pelana unta."

Kemudian pertempuran memuncak dan kaum Muslimin seperti terdesak, mereka mulai menuju unta-unta mereka sedangkan Abu Aqil terlihat le.mah akibat luka yang dideritanya. Beliau mendengar Mu'nu bin Uday berseru, "Wahai kaum Ansar, demi Allah S.W.T, demi Allah S.W.T., seranglah musuh-musuh kamu."

Abdullah bin Umar berkata,

"Lalu Abu Aqil bangkit mencari pengikutnya lalu aku bertanya kepada Abu Aqil, "Apa yang ingin kau lakukan? Engkau tidak dapat berperang lagi."

Lalu Abu Aqil menjawab, "Aku mendengar suara seseorang memanggilku!""

Ibnu Umar berkata,

"Aku menjelaskan pada Aqil bahawa yang dipanggil adalah kaum Ansar sedangkan yang tercedera tidak termasuk."

Abu Aqil menjawab,

"Aku adalah kaum Ansar dan aku akan memenuhi panggilan itu walau dengan merangkak sekalipun."

Kemudian Abu Aqil mengambil pedangnya dengan tangan kiri lalu berseru,

"Wahai kaum Ansar! Seranglah seperti ketika Perang Hunain. Maka berkumpullah kaum Ansar, Allah S.W.T akan mengampuni kamu semua. Majulah kerana kaum Muslimin membuat kepungan mengelilingi musuh-musuh mereka sehingga mereka berjaya berhadapan dengan musuh mereka ditengah medan perang sehingga pedang-pedang saling bertemu."

Ibnu Umar berkata,

"Kemudian aku melihat ke arah Abu Aqil. Tangannya sudah putus dari bahu dan jatuh ke tanah. Pada tubuhnya terdapat empat belas luka semuanya beliau korbankan ketika menghadapi musuh Allah S.W.T iaitu Musailamah.

Kemudian aku berhenti berdekatan Abu Aqil. Beliau sedang mengerang kesakitan dan nazak lalu aku berkata, "Wahai Abu Aqil."

Beliau pun menjawab dengan ucapan tersekat-sekat, "Siapa yang kalah?"

Aku pun menyampaikan berita gembira bahawa musuh Allah S.W.T telah berjaya dibunuh. Kemudian Abu Aqil mengangkat jarinya ke langit dan bersyukur kepada Allah S.W.T. Akhirnya Abu Aqil gugur sebagai syahid.

Setelah Abu Aqil gugur, aku menyampaikan kepada Umar tentang kejadian sepenuhnya."

Lalu Umar berkata,

"Beliau akan disayang oleh Allah S.W.T. Beliau masih sahaja mencari dan berharap gugur sebagai syahid. Beliau adalah sahabat pilihan dan lebih dulu memeluk Islam diantara mereka. [69]


📌 [69] Lihat kitab Shafwah As-Shafwah: 1/466, 467


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: