ASSALAMUALAIKUM...
SUBJEKTIF, BERKUMPULAN
SLOT B
SOALAN 1
Apa hukum berkebun dan mendatangkan hasil pendapatan tambahan di atas tanah kerajaan?
Nyatakan sebab.
Jawapan:
Diboleh mengguna/memanfaat tanah milik kerajaan atau awam dengan beberapa syarat:
1. Tidak terdapat larangan dari pihak kerajaan atau pengurusan awam, kerana mentaati ulil-amri bagi arahan yang tidak menyalahi Syariat adalah wajib. Firman Allah (bermaksud); "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" (surah an-Nisa', ayat 59).
2. Tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai, seperti mengganggu laluan orang ramai atau sebagainya. Sabda Nabi: "Jangan melakukan kemudaratan (kepada orang lain) dan jangan saling memudaratkan" (Sunan Ibnu Majah; 2340, hadis soheh).
3. Bersedia menyerahkan kembali tanah tersebut bila diperlukan kerajaan atau orang ramai. Ia seperti meminjam barang milik orang lain, bila dituntut oleh tuan empunyanya, wajiblah kita memulangkannya.
SOALAN 2
Apakah prasyarat tingkat syurga di bawah?
(i) Dar al-Salam
(ii) Dar al-Muqamah
(iii) Syurga al-Maqam
Jawapan :
Prasyarat tingkat syurga
(i) Dar al-Salam – Orang yang sering melakukan amal soleh. (surah al-An’am 6:127)
(ii) Dar al-Muqamah – Orang yang taat kepada Allah. (Surah Fatir 35: 34-35)
(iii) Syurga al-Maqam – Orang yang bertakwa. (Surah al-Dukhan 44:51)
SOALAN 3
Siapa yang karang kitab Al Mughni sebuah kitab rujukan Mazhab Hambali. Juga kitab ni dirujuk untuk lihat pendapat jumhur
Jawapan :
Ibn Qudamah
SOALAN 4
Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan :
Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)
Slot A >>READMORE
Slot C >>READMORE
Review BOL >>READMORE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan