Soalan Battle of Legend ( Slot C )

ASSALAMUALAIKUM...

SUBJEKTIF, SIAPA CEPAT DIA DAPAT

SLOT C

SOALAN 1

 Solat apakah yang mempunyai 3 duduk Tahiyyat? (Tahiyyat awal dan akhirat)

JAWAPAN :

Makmum yang masuk imam pada rakaat ketiga dalam solat magrib. Iatu dia buat tahiyat akhir bersama imam. Lepas imam berdiri, makmum itu bangun dan tambah 2 rakaat lagi. Yang dimana dia akan  buat tahiyat awal dan akhir. Maka totalnya, dia telah duduk 3 tahiyyat.

SOALAN 2

Terangkan dua golongan khunsa menurut hukum syarak secara lengkap

JAWAPAN:

Khunsa musykil (khunsa yang wujud keraguan) – seseorang yang tidak jelas atau tidak dapat ditentukan jantinanya, sama ada lelaki ataupun perempuan kerana tidak memiliki alat kelamin sama ada alat kelamin lelaki mahupun perempuan, namun masih mempunyai tempat membuang air kecil ataupun air besar.

Khunsa ghair musykil – ini dapat dibezakan keadaannya sama ada lelaki ataupun perempuan walaupun ia mempunyai dua alat kelamin (lelaki dan perempuan) ataupun tanpa kedua-dua alat kelamin.

SOALAN 3

Siapakah golongan yang mendapat wahyu dari Allah dan mereka bukan dari kalangan jin, manusia dan juga malaikat? Selitkan pencerahan.

JAWAPAN:

Lebah.

Allah Ta’ala berfirman,

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُون


“Dan Rabb-mu telah mewahyukan kepada lebah, “Buatlah rumah- rumah di bukit-bukit dan pada pohon-pohon dan pada tempat-tempat  yang mereka buat.” (Surat An-Nahl : 68)



SLOT A >>READMORE
SLOT B >>READMORE
REVIEW BOL >>READMORE


Tiada ulasan: